Apabila Perkhidmatan Bahasa Asing Menemui Seni Kraf Tradisional

Cerita Edisi Khas Sukan Olimpik Musim Sejuk —— Tukang Seni BFSU  Mengisahkan Tahun Baharu China

Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan membuka tirai, Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah menghantar lebih daripada 900 orang pensyarah dan pelajar sebagai sukarelawan bagi menyediakan perkhidmatan profesional untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik. Bertepatan dengan Tahun Baharu China tahun harimau, sukarelawan dari BFSU menunjukkan budaya dan imej China melalui kraf tradisional China di samping menceritakan kisah China.

Di Dewan Luncur Laju Kebangsaan, Kunci Kong Ming dan permainan wul telah disediakan dengan khas. Wang Xinyue, seorang graduan Jurusan Bahasa Belanda Tahun 2021 BFSU berkata, “Kunci Ming Kong sangat halus, tidak memerlukan paku dan tali, disokong sepenuhnya oleh sambungan struktur kunci itu sendiri.” Walaupun kunci itu kecil, kita perlukan banyak teknik untuk memainkannya. Selain itu, struktur sendi mortise dan tenon yang halus juga telah membuat saya teruja. “

Gambar Sukarelawan di Dewan Luncur Laju Kebangsaan (Gambar 2)

Blok Mengingatkan Sukarelawan pada Masa Kecil

Proses Memainkan Kunci Kong Ming (Gambar 3)

Kunci Kong Ming yang Dimainkan oleh Wang Xinyue (Gambar 4)

Bagi permainan wul pula, bermula daripada benang wul semula dan akhirnya menjadi permainan, prosesnya bukan sahaja memerlukan estetika kami, tetapi juga memerlukan teknik halus dan sikap teliti.

Fang Yuanyuan Sedang Membuat Permainan Wul (Gambar 5)

Permainan Wul yang Disiapkan (Gambar 6)

Fang Yuanyuan Memberikan Permainan Wul kepada Staf sebagai Buah tangan (Gambar 8)

Surat Keluarga dan Kuplet Tahun Baharu China Menyampaikan Perasaan Rindu

Pada malam Xiao Nian, stesen menyediakan aktiviti menulis kuplet Tahun Baharu China untuk para sukarelawan. Sebaik sahaja masuk ke dalam kantin, mereka boleh menghidu bau dakwat. Para sukarelawan menulis kuplet Tahun Baharu China dan karakter “Fu” dengan teliti. Kuplet Tahun Baharu China dan karakter “Fu” menyatakan hasrat baik orang China untuk menangkis kecelakaan dan menyambut kesejahteraan, di samping mengharapkan kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Wang Xinyue Menulis Kuplet Tahun Baharu China (Gambar 9) 

He Jingyang Menulis Kuplet Tahun Baharu China (Gambar 10) 

Fang Yuanyuan Menulis Karakter “Fu” (Gambar 11)

He Jingyang Melekatkan Kuplet Tahun Baharu China pada Pintu Asrama di Stesen (Gambar 12)

            Aktiviti “Musim Sejuk Menunjukkan Kehangatan, Surat Keluarga Menyampaikan Kerinduan” menimbulkan rasa rindu para sukarelawan terhadap keluarga masing-masing. Mereka menulis surat keluarga dan menyampaikan rasa rindu terhadap ahli keluarga melalui tulisan. Xu Yanhan, pelajar sarjana dari Jurusan Penterjemahan Institut Bahasa Inggeris tahun 2020, menulis surat keluarga sebanyak tiga muka surat. Selepas mengambil gambar surat keluarga dan gambar sendiri, sukarelawan memberikannya kepada pensyarah di stesen. Pensyarah-pensyarah akan mencetak surat keluarga dan gambar mereka, menyimpan dalam sampul surat dan menghantar kepada ahli keluarga mereka masing-masing.

Surat keluarga bukan sahaja menyampaikan kerinduan, tetapi juga mengisahkan cerita masing-masing. Ibu bapa sukarelawan akan lega hati apabila menerima surat anak-anak. Mereka pasti akan berasa bangga kerana anak-anak telah membesar menjadi insan yang boleh dibanggakan.

Xu Yanhan Sedang Menulis Surat Keluarga di Stesen (Gambar 13)

Guntingan Kertas Tingkap, Penuh dengan Hasrat Murni

Xu Yanhan menghadiahkan karakter “Fu” yang ditulisnya kepada staf asing di stesen, dan menjelaskan erti keberkatan “Fu” pada Tahun Baharu China kepadanya. Staf asing itu menyatakan bahawa ia sangat menyukainya dan menantikan ketibaan Tahun Baharu China. Mereka melekatkan kraf tangan seperti lipatan kertas bunga ros, lipatan kertas bentuk hati dan guntingan kertas tingkap pada dinding dan pintu. Guntingan kertas tingkap mempunyai banyak bentuk, termasuk emping salji, harimau, panda, karakter “Chun” dan tanglung. Perhiasan tersebut menjadikan pejabat SPP penuh dengan suasana Tahun Baharu China, dan juga menjadikan Dewan Luncur Laju Kebangsaan lebih indah.

Siri Guntingan Kertas Tingkap(Gambar 15-19)

Melekatkan guntingan kertas di tingkap pada Tahun Baharu China merupakan salah satu adat tradisional orang China. Ia bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan, tetapi juga membawa kenikmatan keindahan. Sebagai pelajar BFSU, profesion ialah perkhidmatan bahasa, dan penggunaan bahasa asing ialah kemahiran; sebagai orang China, penghayatan budaya China ialah asas, dan seni kraf pula ialah warisan. Apabila perkhidmatan sukarelawan bahasa asing menemui seni kraf tradisional, China menunjukkan keistimewaan Tahun Baharu China dan mempamerkan kepintaran dan kecekapan belia China kepada pakar asing melalui kraf tangan, di samping menyampaikan ucapan selamat kepada mereka dan menceritakan adat resam serta kisah menarik orang China menyambut Tahun Baharu China melalui bahasa asing. 

Sukarelawan Menghiasi Pejabat SPP(Gambar 20-21)

Penulis: He Jingyang

Sekolah: BFSU

Tempat: Dewan Luncur Laju Kebangsaan

Jawatan: Penolong SPP

Penyedia Sumber: He Jingyang